Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setuju nilai semula pencapaian kerajaan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KAJIAN separuh penggal pencapaian Kerajaan Perpaduan yang sedang dilakukan di peringkat Jemaah Menteri perlu dibentangkan kepada majlis perundingan pimpinan.

Ini bagi melihat perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama di samping menghormati perspektif berbeza parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Sekretariat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, itu di antara perkara yang menjadi ketetapan hasil daripada mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mesyuarat turut bersetuju untuk menilai pencapaian-pencapaian Kerajaan Perpaduan dan mengambil perhatian terhadap semua teguran terhadap kerajaan.

Baca artikel lain: MCMC tahan individu menyamar pakar patologi konon terlibat bedah siasat Zara Qairina 

“Mesyuarat juga memberikan perhatian tentang usaha-usaha pemantapan ekonomi negara dan program-program untuk kesejahteraan rakyat.

“Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah, dimaklumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Teknikal bagi meneliti aspek kerjasama dalam kalangan parti-parti Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, katanya lagi, mesyuarat turut merakamkan tahniah atas pencapaian Malaysia dan Perdana Menteri yang berjaya mewujudkan perjanjian perdamaian antara Thailand dan Cambodia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This