RMK13 perkasa kaum India, kerajaan umum tambahan RM40 juta untuk inisiatif baharu – Ramanan

Dari Penulis

RANCANGAN Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memberi jaminan tiada kaum akan dipinggirkan termasuk dalam kalangan komuniti India.

Kaum yang menjadi teras utama pembentukan negara Malaysia itu bakal menerima pelbagai manfaat antaranya menerusi program pembangunan bakat, pendidikan, keusahawanan dan sosial.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan menegaskan, pendekatan di bawah kerangka Malaysia MADANI membuktikan kesungguhan kerajaan memastikan kaum India terus terbela.

“Kalau kita lihat apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi (di Dewan Rakyat), memang ternyata tidak pernah ada mana-mana kaum pun dipinggirkan, khususnya komuniti India.

“Banyak program telah dirangkumkan, antaranya pembangunan bakat termasuk pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET),” katanya seperti dilapor Buletin TV3.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ramanan menambah, pembangunan komuniti India tidak hanya bergantung kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), sebaliknya turut melibatkan pelbagai kementerian serta agensi lain.

Baca artikel lain: MCMC tahan individu menyamar pakar patologi konon terlibat bedah siasat Zara Qairina 

Katanya, Kerangka MADANI diperkenalkan dengan pendekatan baharu yang lebih strategik dan efektif.

“Program-program yang telah dirangkumi selain daripada MITRA bukan sahaja daripada KUSKOP, tetapi juga program PENN, Amanah Ikhtiar, TEKUN yang dinaik kepada RM100 juta, BRIEF-i Bank Rakyat RM100 juta, program baharu SME Bank iaitu Vanigham, serta SME Corp menerusi IBEP (Indian Business Accelerator Programme) yang merupakan matching grant,” jelasnya.

Katanya lagi, peruntukan RM1 bilion untuk bantuan sekolah turut diwujudkan meliputi 475 sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan tambahan RM40 juta diluluskan untuk empat inisiatif baharu, termasuk menaik taraf infrastruktur perkampungan India (RM5 juta), penambahbaikan makmal ICT di SJKT (RM5 juta), pemerkasaan rumah ibadat Hindu sebagai pusat komuniti (RM20 juta), serta bantuan one-off RM1,000 bagi pembaikan rumah pekerja ladang India B40.

Tegasnya, langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan memperkukuh pembangunan komuniti India melalui strategi menyeluruh dan bersepadu di bawah RMK13.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This