KESUMA perkenal LiKES, tawar pendahuluan RM2,000 untuk latihan industri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN menerusi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan inisiatif Geran Padanan Latihan Industri Kecil dan Sederhana (LiKES) bagi memantapkan lagi kemahiran dalam kalangan graduan.

Menteri berkaitan Datuk Seri R Ramanan berkata, program tersebut melibatkan dana sebanyak RM30 juta untuk kegunaan selama tiga tahun dan bakal memberi manfaat kepada lebih 20,000 orang pelatih tempatan.

“Jadi ini adalah salah satu program yang akan kita laksanakan (pada tahun ini), prosesnya cepat (bayaran elaun) hanya ambil masa 14 hari bekerja sahaja berbanding sebelum ini 90 hari bekerja.

“Saya juga mahu umumkan sebanyak RM2,000 akan disalurkan sebagai pendahuluan bagi setiap pelatih yang terlibat sekiranya mereka lulus kriteria yang ditetapkan oleh TalentCorp.

“LiKES ini berkonsepkan ‘pay and claim’ jadi ini penting untuk kita ambil maklum, dengan pelaksaan pembayaran pendahuluan RM2,000 yang akan bermula 1 Mac 2026, syarikat boleh terima bayaran tersebut dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Baca artikel lain: Gambar bertemu Muhyiddin, Ahmad Samsuri dicanang bakal Pengerusi PN?

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp, Wong Shu Qi.

Dalam perkembangan lain, Ramanan berkata, pihaknya kini sedang meneliti satu usaha untuk menyedia dana bagi kegunaan pekerja gig e-hailing dan p-hailing dalam usaha membentuk satu ekosistem yang sempurna.

“Pada masa ini kita dalam perancangan macam mana nak buat satu sistem, satu ekosistem untuk mengeluarkan dana dan bantuan bagi pekerja-pekerja gig.

“Sudah tentu kalau lihat memang kita sudah ada perancangan dan akan dilancarkan secara berfasa. Bantuan dan penyediaan wang sudah diadakan tetapi bagaimana kita nak keluarkan itu saja masih lagi dalam perbincangan,” katanya lagi.

Menyentuh isu usaha menarik semula rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, Ramanan menjelaskan, usaha sedang giat dijalankan bersama TalentCorp bagi mewujudkan peluang kerja berkemahiran tinggi dengan pulangan yang setanding.

“Kita ini bukan bercakap atau bukan berunding berkaitan isu gaji minimum, ini bukan (masalah) gaji minima. Ini pekerjaan berkemahiran tinggi, pekerjaan yang sangat terlatih.

“Kami (KESUMA dan TalentCorp) akan mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan dengan melatih dan membawa pulang bakat kembali ke Malaysia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This