ORANG ramai dinasihat untuk tidak memperbesarkan isu berkaitan pembinaan rumah ibadat dan biarkan perkara tersebut diselesai dengan menggunakan jalur perundangan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, negara ini memiliki undang-undang dan jika semua pihak menghormatinya tiada masalah akan berbangkit.
“Negara kita ada undang-undang dan peraturan. Jika kita semua mengikut peraturan, tiada masalah yang akan timbul. Kita menyediakan saluran perbincangan untuk menyelesaikan apa juga masalah yang timbul.
“Menerusi program Dharma MADANI, kerajaan menyalurkan RM20 juta kepada lebih 1,000 kuil manakala RM3.5 juta diperuntukkan kepada rumah ibadat tahun lepas melalui peruntukan khas Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Graduasi Malaysian Indian Skills Initiative 2.0 (MiSI 2.0), hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan semua pihak perlu menghormati peraturan serta mengendalikan sebarang isu sensitif dengan penuh adab tanpa menghina mana-mana agama atau kepercayaan.
Baca artikel lain: JPA kemas kini pekeliling lebih 20 tahun termasuk pemilikan saham penjawat awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, namun perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk sesiapa pun menghina amalan masyarakat bukan Islam, begitu juga sebaliknya.
“Mutakhir ini, seperti mana semua tahu, hangat diperkatakan mengenai soal rumah ibadat yang tidak ikut peraturan, dan juga soal ladang ternakan babi.
“Dalam masa yang sama, kita tahu peraturan apa yang boleh, apa yang tidak boleh, tetapi kita kena tangani dengan baik dan hormat serta jangan sampai menghina.
“Sebab itulah, apabila ada masalah, kita tangani dengan baik kerana ini adalah negara yang berteraskan kepada undang-undang.
“Setiap isu, kontroversi serta perbezaan pandangan perlu ditangani berdasarkan lunas perundangan demi memelihara kestabilan, kesucian agama serta perpaduan rakyat,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

