PEMASANGAN kamera litar tertutup (CCTV) dilihat sebagai satu di antara usaha yang mahu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memperkukuhkan aspek keselamatan di institusi pendidikannya.
Menteri berkaitan Fadhlina Sidek menegaskan, usaha bagi memerangi salah laku buli dan memastikan ekosistem selamat di institusi pendidikan adalah tanggungjawab bersama.
“Pada waktu ini, KPM turut sedang melaksanakan beberapa usaha penting bertujuan untuk memperkukuhkan aspek keselamatan di institusi pendidikan.
“Ini termasuk dengan melaksanakan audit keselamatan, memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menubuhkan jawatankuasa reformasi keselamatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Op Sikaro berjaya hasil maklumat siasatan dalam Op Sohor
Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) berkenaan usaha bagi menangani salah laku buli.
Pada masa sama, Fadhlina turut mengalu-alukan pandangan serta cadangan daripada pelbagai pihak bagi menambah baik aspek keselamatan di semua institusi pendidikan KPM.
“Saya akan meneliti semua cadangan termasuk yang terkait dengan sokongan psikososial, latihan kepada guru dan warden, modul pendidikan ibu bapa, pemantauan di institusi pendidikan.
“Selain pelan anti-buli dan pelaksanaan langkah-langkah lain untuk menangani salah laku buli,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

