MCMC lapor polis penghantaran bungkusan mencurigakan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan melalui sebuah syarikat kurier yang menggunakan nama Pengerusi MCMC sebagai penerima.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, hasil semakan awal dengan pihak kurier mendapati penghantar tersebut berdaftar menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun 2025.

Menurut MCMC, syarikat kurier berkenaan turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadap penghantar itu, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan oleh penerima dan 37 kes penghantaran tidak lengkap atau tidak selesai.

“Bungkusan berkenaan telah diminta untuk ditahan oleh pihak kurier bagi siasatan lanjut oleh polis.

“MCMC memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman, dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara,” jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut menambah, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada sekiranya menerima bungkusan daripada sumber yang tidak dikenali atau tidak dibuat pesanan.

“Sekiranya timbul keraguan, orang ramai dinasihatkan untuk segera menghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi pengesahan lanjut,” kata MCMC.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This