NOMBOR telefon individu yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli didaftarkan atas nama seorang warga asing.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail seperti dilapor BH Online, hari ini.
Menurut Mohd Khalid, dapatan itu hasil analisa dijalankan dalam siasatan kes berkenaan.
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya masih giat mengesan dua penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam kes serangan terhadap anak Rafizi.
“Kita (polis) sudah mengenal pasti nombor telefon berkenaan didaftarkan atas nama warga asing dan kita sedang mengesan individu terbabit.
“Kita belum dapat mengenal pasti suspek kerana kedua-dua individu-individu memakai topi keledar,” katanya.
Ditanya sama ada polis sudah mengenal pasti jenis cecair yang disuntik kepada anak lelaki Rafizi dalam serangan di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada 13 Ogos lalu, Mohd Khalid berkata, pihaknya masih menunggu laporan kimia daripada hospital.
Baca artikel lain: Ismail Sabri lapor polis cubaan kaitkan dengan insiden serangan anak Rafizi
Pemantauan terhadap kanak-kanak itu oleh pihak hospital mendapati dia dalam keadaan baik.
Beliau berkata, setakat ini seramai 19 individu sudah diambil keterangan termasuk keluarga Rafizi, pemandu dan pekerja serta saksi lain bagi membantu siasatan.
Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mengambil dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang pada 13 Ogos lalu, anak lelaki Rafizi diserang dan disuntik cecair oleh individu di tempat menurun dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.
Anak lelaki Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun itu difahamkan tiada kecederaan fizikal.
Rafizi dalam kenyataan memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

