PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, usaha untuk memecahbelahkan hubungan harmoni di antara rakyat berbilang bangsa di negara ini harus dihalang keras oleh semua pihak.
Jelas beliau, mempertahankan apa yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini adalah jauh lebih penting kerana beliau percaya tiada negara mampu bertahan dengan hasutan berbentuk kebencian.
“Gelaja memecahbelahkan negara ini berdasarkan fahaman kaum, kabilah, wilayah mesti dihalang dengan keras dan tegas kerana Malaysia itu lebih penting daripada (fahaman) sukuan dan daerah.
Baca artikel lain: Kerajaan peruntuk RM30 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – Ramanan
“Percayalah sebagai pelajar dan pengkagum sejarah tidak ada negara yang boleh bertahan kalau menerima hasutan, kebencian antara kaum, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Sempena Hari Kebangsaan 2025 yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menyatakan rasa kagum kepada rakyat Malaysia yang masih lagi mahu mempertahankan hubungan akrab di antara sesama kaum meskipun sudah lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Katanya, mereka ini masih menggunakan akal fikiran yang wajar, selain melihatkan kepada fakta serta angka dalam membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tindakan.
“Saya tegaskan semula, cari negara pelbagai kaum di mana semangat perpaduan itu sekental dan sehebat Malasyia. Saya salute kepada rakyat Malaysia yang pertahankan semangat sedemikian.
“Bukan 10 tahun, 20 tahun sudah 68 tahun kita bertahan. Bukan tidak ada unsur-unsur negatif yang mengkhianati semangat yang sedemikian…saya syukur alhamdulillah kerana majoriti rakyat masih gunakan hikmah dan kebijaksanaan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

