KERAJAAN MADANI bertekad akan terus membela dan memperkukuhkan kedudukan peniaga kecil di negara ini demi masa hadapan yang lebih baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peniaga kecil merupakan kumpulan penting yang menjadi nadi kepada ekonomi rakyat.
“Saya tegaskan bahawa dalam arus pembangunan negara, prasarana gerai, warung dan restoran rakyat tidak boleh diketepikan.
“Kemudahan asas seperti kebersihan dan infrastruktur perlu sentiasa dipertingkat agar kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengguna,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-50 Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKMM), malam tadi.
Baca artikel lain: Komitmen terhadap pelajaran, Tabung Haji taja Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2025
Dalam majlis itu juga, Perdana Menteri berbesar hati meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 kepada GPPKMM bagi membolehkan operasi mereka berjalan lancar dan terus aktif.
“Dana ini akan disalurkan terus kepada gabungan bagi memastikan kelangsungan operasi, program, dan aktiviti persatuan tanpa gangguan sementara menunggu pembentangan belanjawan akan datang,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

