Pesawat terhempas di Kuantan dipercayai alami masalah enjin – PAT

Dari Penulis

PESAWAT F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Kuantan malam kelmarin dipercayai menghadapi masalah enjin.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, melalui analisis gambar dan video, nahas itu bukan disebabkan faktor manusia, tetapi lebih kepada masalah teknikal pesawat.

Bagaimanapun, tegasnya, punca sebenar kejadian akan hanya disahkan selepas siasatan oleh Lembaga Penyiasat selesai.

“Apa yang terjadi malam tadi (malam kelmarin) adalah sesuatu yang sangat malang dan bersyukur kedua-dua kru kita yang ada dalam pesawat itu selamat.

“Kita teliti kenapa ia berlaku dan adakah ia memberi kesan kepada penerbangan pesawat tempur model sama sedia ada. Kita akan ketahui perkara itu kerana rekod setiap pesawat lebih terperinci berbanding kenderaan lain.

Baca artikel lain: Komitmen terhadap pelajaran, Tabung Haji taja Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2025

“Sistem perisian pesawat itu juga baru dinaik taraf dan sepatutnya mampu beroperasi dengan baik,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama NSTP.

Mohd Nizam menambah, semua pesawat F/A-18D yang ada di negara ini dibeli dari Amerika Syarikat (AS) dan sudah beroperasi kira-kira 20 tahun.

“Kita akan analisis setiap kemungkinan dan melihat kepada rekod selenggaraan kerana setiap pesawat mempunyai rekod terperinci.

“Melalui analisis gambar dan video yang ada iaitu ketika take off (pelepasan) bermula, nahas itu bukan disebabkan faktor manusia, tetapi lebih kepada masalah teknikal pesawat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This