AKPS tolak kemasukan 104 warga asing termasuk dari Bangladesh dalam tempoh 24 jam

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menolak kemasukan 104 warga asing ke negara ini, semalam.

AKPS memberitahu kemasukan warga asing terbabit ditolak selepas dikesan gagal memenuhi syarat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Hasil pemeriksaan dan saringan ketat yang dijalankan, AKPS berjaya mengesan 104 individu yang tidak mematuhi syarat kemasukan.

“Majoriti daripada mereka terdiri daripada warga Bangladesh, India dan Pakistan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Bedah siasat ke-2 Syamsul Haris temui kesan kecederaan mencurigakan – Peguam

Antara kesalahan yang dikesan adalah gagal mengemukakan tujuan jelas ke negara ini, tidak memiliki penginapan atau tiket pulang sah selain memberi alasan meragukan bagi menyokong permohonan masuk.

Sementara itu, AKPS turut menguruskan proses penghantaran pulang seramai 288 pelawat yang masih berada di KLIA selepas tidak dibenarkan masuk sebelum ini.

“AKPS akan terus mengambil tindakan tegas bagi memastikan keselamatan dan integriti pintu masuk negara sentiasa terpelihara.

“Hanya pelawat yang memenuhi syarat kemasukan saja dibenarkan memasuki Malaysia,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This