Kes Syamsul Haris: Tiada sentuhan fizikal Allahyarham dengan jurulatih ATM – Khaled

Dari Penulis

TIDAK ada sentuhan fizikal melibatkan pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin dengan jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor, 28 Julai lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak perlu melihat kepada fakta kes sebelum menimbulkan pelbagai spekulasi atau membuat kesimpulan berhubung kes kematian Allahyarham.

“Kita perlu faham dan melihat fakta kes. Allahyarham daripada PALAPES UTM. Pada 28 Julai lalu, ketika program latihan (berlangsung), dia tidak duduk di kem tetapi berulang-alik dari UTM.

“Jadi, tidak ada sentuhan fizikal oleh jurulatih ATM sebab dia berulang-alik… hinggalah berlaku insiden dia tidak sedarkan diri pada 28 Julai lalu.

“Allahyarham terus dibawa ke Hospital Kota Tinggi, Johor (pada hari sama),” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Mohamed Khaled menjelaskan, siasatan dijalankan jawatankuasa siasatan bawah ATM lebih menjurus kepada soal siasat membabitkan jurulatih serta kadet PALAPES yang bersama Allahyarham ketika latihan dijalankan.

Beliau berkata, lebih 30 individu sudah disoal siasat oleh pihak ATM berhubung kes kematian Allahyarham, setakat ini.

“Kejadian (Allahyarham meninggal dunia) berlaku di padang terbuka. Jadi kalau kata berlaku kekasaran luar biasa, tentu pelajar yang ramai itu akan mengambil gambar… ini tiada pun.

“Ini sebenarnya keadaan (yang berlaku). Seperkara lagi, kalau pun siasatan (dibuat), bukan tentera nak buka badan (Allahyarham)… kita hanya nak lihat apa sebab dia meninggal dunia, itu saja,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi hingga laporan penuh bedah siasat kedua Allahyarham Syamsul Haris dikeluarkan nanti.

Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai lalu ketika menjalani latihan di PULADA di Ulu Tiram, dan dikebumikan pada keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu.

Pada 19 Ogos lalu, ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mengemukakan permohonan menggali semula kubur bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan serta mencadangkan supaya prosiding inkues dimulakan bagi menyiasat kes kematian anaknya itu.

Pada 30 Ogos lalu, bedah siasat kedua terhadap jasad Allahyarham Syamsul Haris dilaksanakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This