Youtuber ditahan langgar undang-undang perkapalan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot bersama platform yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Tindakan itu dilakukan dalam operasi penguatkuasaan Operasi Iman, sekitar pukul 6 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, bot tersebut ditahan bersama platform yang ditunda berhampiran Pulau Bidong.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung bersama sebuah kereta di atasnya.

“Sebuah lagi bot yang mengiringi aktiviti penundaan didapati beroperasi tanpa mempunyai lesen sah oleh Jabatan Laut,” katanya.

Beliau berkata, platform tersebut dibina tanpa peralatan keselamatan yang boleh menimbulkan risiko keselamatan.

“Ini apabila ia dijadikan lokasi penggambaran oleh seorang pempengaruh media sosial bersama kenderaan yang diletakkan di atas platform terapung berkenaan.

“Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi membahayakan nyawa kru, penumpang serta pengguna perairan lain,” tegas beliau.

Bawa pempengaruh media sosial

Menurutnya, kedua-dua bot didapati membawa seorang pempengaruh media sosial bersama kru dan penumpang masing-masing berumur 21 hingga 32 tahun.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada enam kru termasuk nakhoda serta enam penumpang, kesemuanya warga tempatan.

“Kesemua bot, kru serta penumpang telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Negeri Terengganu sekitar pukul 2 pagi tadi untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat sah lesen dan beroperasi tanpa lesen sah.

“Selain itu melakukan aktiviti penundaan tanpa kebenaran,” jelasnya.

Pihaknya serius memastikan keselamatan perairan negara dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang maritim.

“Maritim Malaysia menyokong aktiviti pelancongan dan kreativiti anak muda, namun ia mestilah dilakukan mengikut peraturan sedia ada,” tambah beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah digesa menyalurkannya ke talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu (09-6224357).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This