Pas pertikai individu terlibat rasuah masih dikekalkan dalam GLC

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PAS mempertikaikan tindakan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang masih mengekalkan lantikan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun individu tersebut telah mengaku bersalah dan didakwa di mahkamah dalam kes rasuah.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, lebih memburukkan keadaan apabila individu berkenaan juga ialah Ketua Bahagian sebuah parti dalam komponen Kerajaan MADANI.

Perkara itu secara tidak langsung menurut Ahmad Fadhli memperlihatkan bahawa Kerajaan MADANI tidak serius untuk membanteras rasuh.

Kerajaan MADANI Kekalkan Lantikan Ahli Lembaga Pengarah HDC Yang Sudah Dijatuhkan Hukuman Kes Rasuah?

“Pengakuan bersalah ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja melalui Laporan Tahunan SPRM 2023 di pautan https://www.sprm.gov.my/…/laporan-tahunan-sprm-2023–my… di mana kes melibatkan individu berkenaaan dilaporkan di muka surat 61.

“Saya nukilkan semula laporan berkenaaan yang menyebut bahawa individu berkenaan telah dikenakan : Tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Tertuduh mengaku bersalah bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan lima pertuduhan diambil kira untuk pertimbangan di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah. Hukuman: Denda RM1,900 (tiga bulan penjara jika gagal membayar denda). Wang RM220,000 dilucuthakkan kepada Kerajaan,” katanya dalam kenyataan,

Ahmad Fadhli berkata, tindakan Kerajaan MADANI mengenai ahli lembaga pengarah tersebut perlu dipersoalkan memandangkan individu berkenaan telah mengaku bersalah dan mempunyai satu pertuduhan rasuah.

“Sebab itu, jika ada yang berkata kerajaan ini serius membanteras rasuah, kejutkanlah dia. Sesungguhnya dia sedang bermimpi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This