JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di empat negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman); Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Manakala, jelas kenyataan itu, turut terlibat ialah Sarawak (Serian, Samarahan dan Sri Aman) dan Sabah (Tawau, Sandakan, Kinabatangan dan Sandakan).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas METMalaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

