MPV polis kejar Wira kelabu: Pemandu remaja 16 tahun didapati tiada lesen

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana memandu tanpa lesen dan menghimpit kereta peronda ketika diarahkan berhenti dalam kejadian di Jalan Bandar Baru, Kuala Terengganu pada Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika dua anggota Unit Rondaan Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang meronda di kawasan berkenaan terlihat sebuah kereta Proton Wira kelabu dipandu dalam keadaan yang mencurigakan kira-kira 6.30 petang.

Katanya, anggota peronda kemudian menghampiri kereta berkenaan dan mengarahkan pemandu untuk berhenti namun tidak diendahkan dan suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaannya. 

“Anggota kemudiannya mengejar kereta berkenaan sambil mengarahkan suspek berhenti menggunakan pembesar suara berkali-kali, namun tidak dipedulikan.

“Malah, suspek terus berdegil dengan memandu secara berbahaya termasuk menghimpit kereta peronda. Bagi tujuan keselamatan anggota terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 sebagai amaran keras yang akhirnya berjaya membuat suspek memperlahankan kenderaan dan berhenti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek yang berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu memandu kereta milik abangnya tanpa kebenaran.

Polis telah menghubungi ibu bapa suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Saman dikeluarkan ke atas suspek atas kesalahan memandu tanpa lesen. Dia juga diberi amaran keras dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan sebelum dibebaskan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas 

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak masing-masing selain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk menimbulkan sebarang spekulasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This