MCMC hormati keputusan mahkamah dalam kes sivil libatkan Telegram

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi sementara dalam kes sivil melibatkan pihak Telegram.

MCMC memberitahu keputusan selaras dengan peranannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) untuk melindungi kepentingan pengguna dan memastikan platform digital tidak disalahgunakan.

“MCMC akan terus memantau pematuhan terhadap perintah ini, manakala isu-isu lain yang terkandung dalam tindakan undang-undang akan diputuskan pada perbicaraan penuh kelak.

“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang digital di Malaysia lebih selamat agar rakyat tidak terdedah kepada penipuan, kandungan berbahaya dan ancaman penyalahgunaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengeluarkan injunksi larangan bagi menghalang Telegram daripada menyebarkan kandungan berbahaya yang didakwa menjejaskan institusi awam serta mengancam ketenteraman.

Baca artikel lain: Rumah dibangunkan di Kampung Sungai Baru hanya boleh dijual kepada Bumiputera – Akmal

Hakim Mahazan Mat Taib mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan MCMC melalui prosiding yang dijalankan dalam kamar.

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili MCMC memberitahu, mahkamah membenarkan perintah bagi menghalang kesemua defendan atau ejen, pekerja dan sekutu mereka daripada terus menulis, menyebar atau menerbitkan semula 33 artikel terbabit.

Nair berkata, mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihaknya bagi perintah injunksi mandatori bagi mengarahkan semua defendan dengan serta-merta memadamkan semua kandungan palsu, mengancam dan jelik, yang dirujuk sebagai kandungan memudaratkan daripada saluran berkenaan.

Katanya, pihaknya juga tidak berjaya mendapatkan injunksi mandatori bagi mengarahkan Telegram menutup saluran terbabit dan mana-mana saluran baharu yang sama.

Menurut Nair, mahkamah kemudian menetapkan pada 24 September ini bagi pengurusan kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This