MyTMAP2030 pelan hala tuju majukan komunikasi dan multimedia lima tahun lagi – MCMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELAN Hala Tuju Strategik Teknologi Komunikasi dan Multimedia 2025-2030 (MyTMAP2030) bakal berfungsi sebagai pelan tindakan kebangsaan bagi memajukan sektor komunikasi serta multimedia dalam tempoh lima tahun akan datang.

MyTMAP2030 itu telah dilancarkan semasa acara Bengkel Mengenai Piawaian dan Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) Merapatkan Jurang Standardisasi (BSG) ITU-MCMC, baru-baru ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, pelan hala tuju itu bertujuan untuk memanfaatkan teknologi baharu, memacu inovasi dan mempercepat penerimaan digital di seluruh negara.

MCMC berkata, standard dan tadbir urus AI merupakan asas kepercayaan, kerjasama dan keterangkuman dalam masa depan digital.

“Melalui bengkel ini dan pelancaran MyTMAP2030, Malaysia mengesahkan komitmen untuk membina AI yang bertanggungjawab, beretika dan berimpak untuk rantau ini dan seluruhnya,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: MCMC hormati keputusan mahkamah dalam kes sivil libatkan Telegram

Bengkel BSG ITU-MCMC diadakan selama tiga hari berakhir hari ini di Kuala Lumpur dengan menghimpunkan penggubal dasar, pengawal selia, pemimpin industri dan pakar dari seluruh Asia Pasifik.

Bengkel tersebut mengukuhkan kerjasama dalam standard, tadbir urus dan transformasi digital AI.

Sementara itu, Pengarah Biro Penyeragaman Telekomunikasi ITU, Seizo ONOE berkata, piawaian ITU membantu dunia untuk terus berinovasi dan melabur dalam pembangunan digital.

“Kami memupuk kepakaran dan kapasiti supaya semua pihak menyedari nilai ini dengan program serta inisiatif BSG kami seperti gabungan kemahiran AI kami.

“Saya berterima kasih kepada Malaysia atas komitmen terhadap matlamat ini merentasi Asia dan rantau Pasifik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This