PENGARAH Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan seorang lagi bekas pengarah syarikat itu didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan pecah amanah.
Selain itu, kedua-dua tertuduh turut didakwa di bawah 18 pertuduhan menggunakan dokumen tuntutan palsu dan pengubahan wang haram berkaitan projek pembinaan Lebuhraya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu MEX II, lapan tahun lalu.
Memetik laporan BH Online, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Berdasarkan pertuduhan, Abu Sahid sebagai Pengarah Maju Holdings yang diamanahkan penguasaan ke atas harta milik syarikat dalam akaun CIMB Bank Berhad didakwa melakukan pecah amanah jenayah.
Beliau didakwa menyalahgunakan wang bernilai RM145,550,000 yang dibayar ke akaun escrow Maybank Islamic Berhad milik Golden Base Construction Sdn Bhd di sebuah bank di Taman Serdang Perdana, Seksyen 2, Selangor antara 12 Januari dan 13 Jun 2018.
Beliau didakwa menyalahgunakan wang bernilai RM145,550,000 yang dibayar ke akaun escrow Maybank Islamic Berhad milik Golden Base Construction Sdn Bhd di sebuah bank di Taman Serdang Perdana, Seksyen 2, Selangor antara 12 Januari dan 13 Jun 2018.
Sehubungan itu, Abu Sahid, 74, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda.
Beliau dibenarkan mahkamah untuk berada di luar kandang tertuduh dengan berkerusi roda sepanjang prosiding pendakwaan dijalankan.
“Faham Yang Arif …tidak mengaku salah,” katanya selepas tuduhan dibacakan.
Baca artikel lain: Abu Sahid hadapi 17 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram RM452 juta
Sementara itu, tertuduh kedua, bekas pengarah Maju Holdings, Datuk Yap Wee Leong juga didakwa atas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen tuntutan palsu bernilai RM221 juta berhubung projek sama.
Pendakwaan dilakukan berdasarkan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Seksyen 14, Petaling Jaya, pada 9 dan 23 November 2017, 10 Januari, 6 dan 21 Februari, 26 Mac, 3 Mei serta 26 Jun 2018.
Justeru, Yap berdepan hukuman maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai pernyataan dokumen palsu terbabit, jika sabit kesalahan.
Selain itu, sembilan lagi pertuduhan membabitkan dana RM388.42 juta di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah bank di Kajang pada 21 Jun, 1 November, 5 dan 27 Disember 2017, 3,23 dan 25 Januari, 14 Februari, 16 Mac, 25 Mei, 26 Jun, 26 Julai dan 3 Ogos 2018.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

