PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian bonda kepada Tengku Permaisuri, pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Esah Tahar itu.
Pada masa sama, Anwar turut berdoa semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat ke atas roh Allahyarham.
“Menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin atas pemergian bonda kepada Tengku Permaisuri.
Baca artikel lain: Bonda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia pagi tadi
“Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah Hajah Esah Tahar serta memberikan ketabahan kepada seluruh keluarga diraja Selangor dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Terdahulu, bonda kepada Tengku Permaisuri Norashikin itu dilapor meninggal dunia, pagi tadi.
Berita sedih pemergian Esah itu disahkan menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office.
Menurut hantaran itu, Allahyarham Esah, 82, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.15 pagi tadi kerana sakit tua di sebuah hospital di Damansara.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Zohor hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

