Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan faktor bayi maut tercampak keluar

Dari Penulis

BAYI berusia setahun empat bulan yang maut dalam kemalangan ngeri melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang didapati tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.

Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berdasarkan hasil siasatan awal pihak berkuasa seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Anthony Loke, bayi lelaki itu tercampak keluar dari kenderaan dan tersepit ketika kejadian itu berlaku sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Berdasarkan laporan hasil siasatan awal kita, bayi itu didapati tercampak keluar dari kenderaan.

“Kita sudah ‘cross-check’ dengan pihak polis… ketika kejadian berlaku, bayi terbabit tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak.

“Bukan saya hendak menyalahkan pihak mangsa atau ibu bapa tetapi sebagai peringatan kepada semua… apabila Kementerian Pengangkutan mewajibkan dan menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, ramai mengeluh tetapi apabila berlaku insiden seperti ini, ia membuktikan pentingnya ada kerusi keselamatan kanak-kanak.

Baca artikel lain: Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Pemandu lori mengaku lompat keluar, lori kali terakhir diselenggara April

“Bayi itu tercampak keluar dari kenderaan dan tersepit. Bayangkan kalau ada kerusi keselamatan kanak-kanak, bayi itu tidak tercampak keluar dan berkemungkinan masih dapat diselamatkan,” katanya.

Sabtu lalu, masalah kegagalan brek sebuah lori dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan empat kenderaan sehingga meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang SILK.

Lori yang membawa barangan lusuh itu yang dalam perjalanan dari Semenyih menuju Putrajaya telah mengalami masalah brek sebelum merempuh tiga kenderaan lain.

Tiga kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu adalah sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Shah Alam, Honda City dan Proton X70.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This