PEMANDU lori membawa barangan lusuh yang terlibat kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang sehingga mengorbankan nyawa bayi lelaki berusia setahun empat bulan dan mencederakan tujuh yang lain mengaku melompat keluar selepas kenderaan berat itu didakwa mengalami masalah brek.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan pemandu lori berusia 42 tahun itu kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Menurut Naazron, pihaknya mendapati lori berkenaan kali terakhir diselenggara pada April lalu.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada kejadian itu berpunca akibat masalah brek atau disebabkan faktor lain.
“Semakan rekod mendapati lelaki itu memiliki dua rekod jenayah lampau, satu rekod kesalahan dadah dan mempunyai empat saman trafik.
“Selain pemandu lori yang ditahan, seramai lima individu turut dirakam keterangan termasuk majikan kepada suspek yang juga pemilik lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Kegagalan brek punca kemalangan maut Plaza Tol Bukit Kajang, pemandu lori ditahan
Sementara itu, Naazron memberitahu, ahli keluarga bayi yang meninggal dunia dalam nahas itu iaitu ibu, nenek dan seorang lagi bayi telah dibenarkan keluar dari Hospital Serdang.
“Penumpang X70 masih menerima rawatan di KPJ Kajang dan dua lagi mangsa iaitu kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) masih mendapatkan rawatan di Hospital Kajang,” katanya.
Terdahulu, UtusanTV melaporkan masalah kegagalan brek sebuah lori dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan empat kenderaan sehingga meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang SILK, semalam.
Lori yang membawa barangan lusuh itu yang dalam perjalanan dari Semenyih menuju Putrajaya telah mengalami masalah brek sebelum merempuh tiga kenderaan lain.
Tiga kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu adalah sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Shah Alam, Honda City dan Proton X70.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

