Kemalangan maut Plaza Tol Bukit Kajang: Kertas siasatan diserah kepada TPR

Dari Penulis

KERTAS siasatan berhubung kes kemalangan maut melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu lalu, sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Nahas tersebut turut mengorbankan nyawa seorang bayi lelaki yang tersepit di bawah Nissan X-Trail.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek yang juga pemandu lori yang merempuh tiga kenderaan lain itu akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menanti keputusan laporan daripada Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Menurutnya, siasatan masih berjalan dan setakat ini keterangan tujuh saksi telah diambil.

“Tindakan terhadap majikan pemandu lori berkenaan juga sedang diteliti bersama agensi-agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata, seorang mangsa telah dipindahkan ke Hospital Putrajaya manakala seorang lagi masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

Terdahulu seorang bayi lelaki berusia kira-kira setahun maut, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan itu.

Kemalangan melibatkan sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Shah Alam, Honda City, Proton X70 dan sebuah lori tiga tan membawa muatan barangan lusuh.

Kesemua sembilan mangsa terlibat, termasuk seorang bayi lelaki yang tersepit di bawah Nissan X-Trail.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This