“Dayang idola saya” – Anwar Amzah impi berduet dengan Dayang Nurfaizah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI baharu, Anwar Amzah, menyifatkan peluang menjayakan persembahan pembukaan bagi showcase Janji with Dayang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai pengalaman paling berharga sepanjang kariernya.

Lebih bermakna, anak kelahiran Kluang, Johor itu turut menyimpan impian untuk berduet dengan penyanyi popular Dayang Nurfaizah, yang dianggap idola ramai penyanyi muda.

“Dayang adalah inspirasi buat saya. Kalau diberi peluang berduet dengannya, rasanya saya orang paling bertuah. 

“Suara dan auranya berada di kelas tersendiri, dan saya yakin banyak yang boleh dipelajari daripadanya,” katanya kepada URTV.

Menurut Anwar, pengalaman itu bukan sahaja menguatkan semangatnya untuk terus berkarya, malah menjadi peluang pembelajaran yang tidak ternilai.

Tidak hanya tampil sebagai penyanyi, Anwar juga aktif sebagai gitaris pengiring untuk ramai nama besar industri tanah air seperti Nadeera, Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dolla, selain pernah bergandingan dengan bintang popular Indonesia termasuk Raisa, Datuk Seri Rossa, Bernadya dan Fabio Asher.

“Saya masih baharu, jadi peluang sebegini sangat saya hargai. Ia membuatkan saya lebih bersemangat. 

“Setiap kali mengiringi persembahan artis, saya belajar cara mereka mengawal pentas dan berinteraksi dengan penonton.

“Bagi saya, pengalaman ini bukan sekadar bermain muzik, tetapi membuka mata tentang standard sebenar dalam industri hiburan. Ia mengajar saya untuk mencari identiti sendiri,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar meluahkan rasa syukur apabila single pertamanya berjudul Imaginasi menerima sambutan positif daripada peminat.

“Syukur, Imaginasi mendapat respons baik sejak dilancarkan. Lagu ini dekat dengan jiwa saya kerana ia menceritakan tentang keberanian untuk bermimpi dan mengejar cita-cita tanpa rasa takut.

“Saya terharu apabila ada peminat yang menghantar mesej peribadi mengatakan lirik lagu ini memberi mereka semangat.

“Itu membuatkan saya yakin berada di landasan yang betul,” katanya.

Anwar yang berpengalaman lebih 12 tahun sebagai YouTuber muzik fingerstyle kini terus mengukuhkan reputasi sebagai pemuzik berbakat besar selepas berjaya memikat jutaan tontonan menerusi persembahan akustik yang tular di platform digital.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This