‘Israel sembur air hingga kami hampir terpelanting’ – Farah Lee kongsi cerita diancam zionis

Dari Penulis

AKTIVIS kemanusiaan Nurfarahin Romli, 32, atau lebih dikenali sebagai Farah Lee sempat menceritakan keadaannya di dalam kapal Grande Blu digertak dan diancam rejim zionis supaya ‘jangan meneruskan perlayaran ke Gaza’.

Jelasnya, rejim zionis memberi amaran sama ada berlayar ke Israel (ditahan di penjara Israel) atau patah balik (menamatkan misi kemanusiaan ke Gaza).

“Kalau degil ini last warning, mereka akan apa-apakan (ancam) kapal kami.

“Israel sembur air hingga kami hampir terpelanting. Mereka beri amaran tegas supaya jangan teruskan perjalanan ke Gaza,” kongsinya menerusi Instagram.

Perkara itu dikongsi kepada tim Childrity dan sehingga kini beliau tidak dapat dihubungi.

Menerusi lama Instagram sama, tertera mesej berikut:

“Sebarkan mesej ini seluasnya! Jika anda sedang membaca mesej ini, ia bermakna delegasi Malaysia di Kapal Grande Blu iaitu Farah Lee telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa”.

Terdahulu lapan sukarelawan lain dipercayai telah ditahan rejim zionis di perairan antarabangsa menuju ke Gaza, termasuk Zizi Kirana.

“SEBARKAN video ini seluas-luasnya! Kerana jika kalian menonton video ini, bermakna delegasi Malaysia di kapal Huga iaitu Zizi Kirana sudah ditahan rejim Israel”.

Demikian mesej yang dihantar menerusi laman Facebook Sumud Nusantara Official mengenai nasib Zizi Kirana yang dipercayai ditahan zionis di perairan antarabangsa ketika melintasi zon merah di Laut Mediterranean menuju Gaza.

Mesej sama turut dikongsi melibatkan delegasi Malaysia di kapal Sirius melibatkan Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Begitu juga dengan delegasi Malaysia di kapal Alma melibatkan Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This