“KITA (kerajaan) prihatin dengan apa yang berlaku di Palestin tetapi faedah dan hubungan perdagangan ASEAN dengan Amerika Syarikat (AS) cukup besar. Janganlah kita jadi lebih Hamas daripada Hamas.”
Demikian kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin kepada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung kehadiran Presiden AS, Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, hujung bulan ini.
Mohamad turut mengulangi pendirian kerajaan bahawa jemputan kepada Trump adalah sebagai kewajipan Malaysia atas kapasiti sebagai Pengerusi ASEAN.
Menurut Mohamad, Malaysia tidak menjemput Trump ke negara ini atas dasar lawatan rasmi dua hala.
“Insya-Allah, kita akan ambil kesempatan dengan kehadiran Trump untuk menyuarakan keguasaran dan pandangan kita (tentang isu Palestin).
“(Kita berharap) kerjasama ini dapat dimantapkan iaitu antara Malaysia, ASEAN dan AS untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
“Paling penting, kita bebaskan Palestin daripada genosid dan kemusnahan serta membantu pembinaan semula Gaza nanti,” katanya dalam Sidang Parlimen, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal yang bertanyakan maslahah yang membuatkan kerajaan sanggup berkompromi untuk menjemput Presiden AS itu sedang Trump ‘membenarkan’ genosid berlaku di Gaza.
Baca artikel lain: Hamas sedia segera masuk rundingan damai, tak sentuh tentang lucut senjata
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis menegaskan, Hamas sendiri telah menyambut baik pelan 20 perkara Trump untuk proses perdamaian di Gaza.
Katanya, dengan pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap isu Palestin, Malaysia kekal optimis bahawa Trump bersama negara-negara sehaluan seperti Qatar dan Mesir akan terus mencari jalan ke arah keamanan di Palestin.
Beliau juga menegaskan kehadiran Trump akan membuka ruang kepada Malaysia untuk menyuarakan kebimbangan dan pandangan, serta menekankan kepentingan kerjasama antara Malaysia, ASEAN dan Amerika Syarikat dalam usaha mencapai penubuhan negara Palestin yang merdeka dan pembangunan semula Gaza.
“Janganlah kita terlalu memikirkan soal-soal (lain). Kita memang prihatin dengan apa yang berlaku di Palestin tetapi faedah dan hubungan dagang pelaburan ASEAN dengan AS cukup besar.
“Oleh itu, seperti yang saya katakan kepada Machang (Wan Fayhsal), janganlah kita lebih Hamas daripada Hamas,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

