Pesara rugi hampir RM6 juta ditipu ‘pegawai NFCC, polis’

Dari Penulis

SEORANG pesara swasta kerugian hampir RM6 juta selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan pegawai polis dalam kejadian pada Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa yang merupakan lelaki berusia 73 tahun pada awalnya telah menerima panggilan mengaku pihak NFCC Putrajaya mengatakannya terlibat kes pengubahan wang haram.

Mangsa katanya, disambungkan kepada ‘pegawai kanan polis’ yang mengaku dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Suspek mengatakan mangsa disyaki terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dan perlu mengisytiharkan harta serta simpanan miliknya,” katanya dalam kenyataan.

Shazeli berkata, sekitar Jun lalu, mangsa diarahkan membuka empat akaun bank dari bank yang berbeza.

Setelah itu jelasnya, mangsa diarahkan untuk memasukkan wang simpanan ke dalam semua akaun tersebut.

“Mangsa diarahkan untuk memasukkan semua kad ATM miliknya ke dalam sampul surat dan meninggalkan sampul itu di padang permainan di USJ 22/1.cMangsa juga diminta memberikan maklumat perbankang kepada suspek.

“Mangsa yang berasa curiga akhirnya telah memaklumkan perkara tersebut kepada anaknya dan diberitahu bahawa ia adalah scammer.

“Mangsa mengalami kerugian dengan jumlah keseluruhan RM5,996,586.51 dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ekoran itu katanya, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This