PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertolak dari bangunan Perbendaharaan, Putrajaya ke Parlimen kira-kira 3 petang tadi untuk membentangkan Belanjawan 2026.
Pembentangan belanjawan keempat Kerajaan MADANI itu akan dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada pukul 4 petang ini.
Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Surau Fathurrahman, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau Putrajaya sebelum berangkat ke Parlimen.
Ketika di surau, Perdana Menteri berkesempatan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.
Segak berbaju Melayu berwarna biru muda dan bersamping, Anwar tiba di Bangunan Parlimen pada pukul 4.02 petang.
Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Parlimen turut berdoa supaya pembentangan itu berjalan lancar.
Perdana Menteri turut menyelitkan pantun empat kerat sempena Belanjawan 2026 itu.

“Sedia ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI.
“Doakan ia berjalan lancar, Insya-Allah.
“Camar terbang menuju ke darat
Rentasi ombak di pantai suci
Belanjawan dibentang penuhi hasrat
Makmur rakyat bangunkan pertiwi,” katanya.
Baca artikel lain: Belanjawan 2026 pastikan kerajaan bantu rakyat tanpa tambah beban hutang – PM
Bajet itu merupakan permulaan kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Anwar sebelum ini berkata, Belanjawan 2026 akan menumpukan kepada tiga matlamat utama iaitu membela rakyat, memperkukuh ekonomi, dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif.

Sementara itu, berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan dibahaskan pada Peringkat Dasar selama lapan hari oleh Ahli Parlimen selepas dibentangkan hari ini.
Sesi penggulungan oleh kementerian dijadual berlangsung dari 29 Oktober hingga 4 November, diikuti perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dari 5 hingga 27 November sebelum diluluskan di Dewan Rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

