BELANJAWAN 2026 yang akan dibentangkan petang ini disifatkan sebagai hala tuju bagi memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook memaklumkan, belanjawan negara untuk tahun hadapan itu bukan sekadar angka dan perbelanjaan semata-semata.
“Insya-Allah, petang ini saya akan membentangkan Belanjawan MADANI keempat di Dewan Rakyat.
“Belanjawan ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan tetapi hala tuju untuk memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
“Saksikan pembentangan Belanjawan MADANI 2026 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama,” katanya dalam hantaran itu hari ini.
Baca artikel lain: PM bentang Belanjawan 2026 4 petang ini, bajet keempat di bawah Kerajaan MADANI
Perdana Menteri dijadual membentangkan Belanjawan 2026 pada pukul 4 petang ini.
Pembentangan belanjawan keempat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI itu juga menjadi tumpuan kerana ia merupakan permulaan kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Ia sekali gus menjadi asas utama kepada pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Menurut kenyataan Prabelanjawan 2026 yang diterbitkan melalui laman khas Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 dirangka bagi meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI iaitu memulih daya tahan fiskal; memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat.
Pada masa sama, pembentangan Belanjawan 2026 juga akan terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi MADANI merangkumi menaikkan siling pertumbuhan negara; menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta memacu pembaharuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

