PM bentang Belanjawan 2026 4 petang ini, bajet keempat di bawah Kerajaan MADANI

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang ini.

Pembentangan belanjawan keempat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI itu juga menjadi tumpuan kerana ia merupakan permulaan kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Ia sekali gus menjadi asas utama kepada pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menurut kenyataan Prabelanjawan 2026 yang diterbitkan melalui laman khas Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 dirangka bagi meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI iaitu memulih daya tahan fiskal; memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat.

Pada masa sama, pembentangan Belanjawan 2026 juga akan terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi MADANI merangkumi menaikkan siling pertumbuhan negara; menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta memacu pembaharuan.

Kenyataan Prabelanjawan 2026 turut memaklumkan bahawa bajet untuk tahun hadapan itu akan terus memacu pendekatan berasaskan akar umbi dan berorientasikan rakyat, yang meletakkan keperluan komuniti sebagai nadi dasar awam.

Baca artikel lain: BUDI95: Kecualikan bayaran RM10 ganti MyKad, kerajaan belanja sekitar RM714,000

“Program seperti Sejati MADANI, Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa komuniti setempat melalui pengagihan sumber berdasarkan keutamaan di peringkat lapangan.

“Dalam merangka Belanjawan 2026, kerajaan akan terus menggunakan pendekatan ini dengan mendapatkan maklum balas secara aktif daripada rakyat, perniagaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan dasar nasional adalah selari dengan realiti semasa,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini berkata, Belanjawan 2026 akan menumpukan kepada tiga matlamat utama iaitu membela rakyat, memperkukuh ekonomi, dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif.

Sementara itu, berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan dibahaskan pada Peringkat Dasar selama lapan hari oleh Ahli Parlimen selepas dibentangkan hari ini.

Sesi penggulungan oleh kementerian dijadual berlangsung dari 29 Oktober hingga 4 November, diikuti perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dari 5 hingga 27 November sebelum diluluskan di Dewan Rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This