DBKL tubuhkan pasukan pelaksanaan dan pemantauan projek Belanjawan 2026

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan pasukan pelaksanaan dan pemantauan projek bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dilaksana dengan cekap, telus dan menepati jadual.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, pasukan pelaksanaan dan pemantauan projek itu akan berperanan untuk menyelaras projek di bawah peruntukan Belanjawan 2026.

Menurut DBKL, pasukan itu juga akan memantau kemajuan fizikal dan kewangan projek.

Pada masa sama, katanya, ia akan melaporkan prestasi pelaksanaan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan.

“DBKL komited untuk memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan warga kota dan kemakmuran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Sejahtera dan Lestari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, DBKL turut mnyambut baik inisiatif melibatkan Kuala Lumpur yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026, semalam.

Baca artikel lain: Belanjawan 2026 manifestasi iltizam kerajaan perkukuh keselamatan

DBKL turut menyifatkan Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan Bandar Raya Kuala Lumpur terus mampan, sejahtera dan inklusif.

“Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beberapa inisiatif utama telah diumumkan.

“Antaranya adalah peruntukan RM500 juta untuk menambahbaik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat; pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan pembangunan semula Kompleks Renang Kuala Lumpur,” katanya.

Belanjawan 2026 Malaysia MADANI dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan menyaksikan peruntukan berjumlah RM470 bilion sekali gus menjadikan ia sebagai nilai tertinggi pernah dinyatakan dalam sejarah.

Bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’, peruntukan bagi Belanjawan 2026 yang juga bajet keempat Kerajaan MADANI meningkat berbanding RM452 bilion tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This