Tingkat had pengeluaran KWSP tunai haji bantu lebih ramai jemaah cukupkan simpanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LANGKAH kerajaan meningkatkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunaikan haji kepada RM10,000 dapat membantu lebih ramai bakal haji negara untuk mencukupkan simpanan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad memaklumkan, inisiatif itu juga selari dengan usaha TH yang sedang giat meningkatkan kesedaran pendeposit.

Kata beliau, ia juga bagi meningkatkan kadar simpanan bagi melancarkan urusan ibadah haji.

Pada masa sama, Mustakim berkata, TH turut berharap sokongan kerajaan dalam mengukuhkan kepentingan bakal haji dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu perjalanan ibadah haji yang mabrur.

“TH menyambut baik komitmen kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat serta memanfaatkan hasil reformasi sepenuhnya kepada rakyat melalui Belanjawan 2026.

Baca artikel lain: DBKL tubuhkan pasukan pelaksanaan dan pemantauan projek Belanjawan 2026

“Belanjawan 2026 membuktikan aspirasi kerajaan untuk mengagihkan hasil manfaat kepada rakyat menerusi keutamaan kebajikan yang diberikan kepada golongan yang layak.

“TH juga menyokong penuh usaha kerajaan dalam membantu mempermudah urusan bakal haji negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 memaklumkan had pengeluaran KWSP bagi tujuan menunaikan ibadat haji dinaikkan kepada RM10,000.

Sebelum ini, bakal jemaah haji dibenarkan untuk membuat pengeluaran melalui KWSP terhad kepada RM3,000.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal gantian award wang tunai gantian cuti rehat (GCR) diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This