Belanjawan 2026 manifestasi iltizam kerajaan perkukuh keselamatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BELANJAWAN 2026 disifatkan bukan sekadar dokumen fiskal tetapi manifestasi kepada iltizam kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dan memperkasan kebajikan warga pasukan penguatkuasaan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas keprihatinan serta komitmen berterusan yang dizahirkan melalui Belanjawan 2026.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM21.2 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencerminkan tekad padu kepimpinan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah watan yang stabil, sejahtera dan berdaya saing.

Sebagai institusi penguatkuasaan utama negara, Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk melaksanakan setiap inisiatif yang diterima dengan penuh amanah, integriti dan disiplin kewangan yang tinggi.

Katanya, setiap sen peruntukan akan dimanfaatkan secara optimum demi memperkukuh sistem keselamatan nasional serta menjamin kesejahteraan umum.

“PDRM kekal teguh mendukung dasar-dasar kerajaan dalam Kerangka Ekonomi MADANI, berteraskan nilai profesionalisme, integriti dan kesejahteraan rakyat.

“PDRM akan terus mengangkat martabat perkhidmatan kepolisan agar selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai negara aman, makmur dan dihormati di pentas antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Belanjawan 2026 bangunkan sosioekonomi bantu perkembangan usahawan, koperasi – KUSKOP

Beliau berkata, pelbagai inisiatif yang diumumkan dijangka memberi kesan langsung terhadap kebajikan, prasarana serta kecekapan perkhidmatan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Antaranya RM1 bilion untuk penyelenggaraan serta pembelian aset baharu termasuk 100 kenderaan pacuan empat roda (4×4) bagi risikan dan operasi serta empat bot ronda jenis Fast Patrol Vessel (FPV) untuk Pasukan Polis Marin (PPM).

“Lebih RM1.5 bilion turut disediakan bagi pembinaan dan naik taraf fasiliti baharu badan beruniform seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Balai Polis Lawin di Gerik, kompleks bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan PPM di Labuan, bangunan tambahan Batalion 23 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman serta tiga pos PGA baharu di Selangor,” katanya.

Mohd Khalid berkata, kerajaan turut memperkukuh aspek kebajikan penjawat awam dengan peruntukan RM2.2 bilion bagi pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kuarters termasuk untuk anggota polis, tentera, doktor, jururawat, guru, bomba serta penjara.

“Kerajaan juga akan memperoleh rumah untuk dijadikan kuarters kepada anggota ESSCOM di Lahad Datu, Sabah; anggota Imigresen di Lipis, Pahang; dan Imigresen Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, skim pembiayaan perumahan muda bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dilanjutkan hingga 31 Disember 2026 yang dijangka memberi manfaat kepada 48,000 penjawat awam muda di bawah umur 30 tahun.

“Had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA turut dinaikkan kepada RM1 juta, manakala pembiayaan kali kedua akan dipermudah tanpa perlu melunaskan pembiayaan pertama bermula suku keempat 2026.

“Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan elaun sara hidup RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) separa biasiswa serta Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah, manakala pesara dan veteran kerajaan menerima RM250,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This