Lori sampah rempuh Plaza Tol Puchong Selatan, kelindan cedera, pemandu larikan diri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG kelindan cedera selepas tercampak keluar dari lori sampah jenis Isuzu seberat 10 tan yang dinaikinya terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Puchong Selatan dalam kejadian yang turut tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, kelindan warga Bangladesh berusia 42 tahun itu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.

Menurut Wan Azlan, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang di Plaza Tol Puchong Selatan dari arah Putrajaya menghala ke Bukit Puchong.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, lori sampah yang dipandu dari arah Putrajaya menghala ke arah Bukit Puchong itu telah terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Puchong Selatan.

“Kelindan lori warganegara Bangladesh berumur 42 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.

“Pemandu lori iaitu seorang warganegara Indonesia pula telah melarikan diri dan usaha mengesan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Bas ekspres langgar papan tanda di PLUS akibatkan seorang maut

Mengulas lanjut, Wan Azlan memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

Semalam, tular di media sosial rakaman video menunjukkan sebuah lori sampah merempuh Plaza Tol Puchong Selatan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Video berdurasi 22 saat yang dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan lain itu memaparkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1.53 petang apabila lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang di lorong plaza tol tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This