MCMC komited laksana inisiatif strategik bawah Belanjawan 2026

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif di bawah Belanjawan 2026 itu dilihat memperkukuh ekosistem komunikasi dan multimedia negara serta memastikan rakyat menikmati manfaat teknologi secara inklusif dan seimbang di seluruh Malaysia.

Pada masa sama, MCMC menyambut baik penekanan Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2026 terhadap usaha memperkukuh kesalinghubungan komunikasi.

Selain itu, suruhanjaya itu juga menyambut baik usaha memperluas pembangunan infrastruktur digital negara serta memperkasa masyarakat melalui teknologi dan inovasi.

“Keseluruhannya, inisiatif di bawah Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen MCMC untuk memperkukuh kesalinghubungan, meningkatkan kecekapan perkhidmatan komunikasi dan memastikan rakyat di seluruh negara menikmati manfaat pembangunan secara saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: DBKL tubuhkan pasukan pelaksanaan dan pemantauan projek Belanjawan 2026

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, inisiatif tersebut meliputi Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) berjumlah RM2 bilion iaitu pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 kilometer dari Johor ke Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh kesalinghubungan serta capaian internet negara.

Selain itu, katanya, sebanyak RM780 juta diperuntukkan bagi peluasan liputan JENDELA 2; RM650 juta bagi ketersambungan internet fasiliti kesihatan; RM350 juta bagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan RM210 juta untuk sistem amaran awal (EWS) bencana.

Bagi memperkukuh kedaulatan data negara yang selamat dan beretika, MCMC akan membangunkan Sovereign AI Cloud dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion.

“MCMC juga menyokong pelaksanaan model dwirangkaian 5G bagi memastikan kedua-dua rangkaian mencapai liputan 80 peratus menjelang 2026 sekali gus menyediakan perkhidmatan internet yang lebih pantas dan mampu milik untuk rakyat serta perniagaan.

“MCMC juga akan memperluas Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan penggunaan internet beretika kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This