“Kalau penganjur dari syarikat judi atau arak, kami tolak” – Floor 88

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUMPULAN Floor 88, tampil menjernihkan spekulasi kononnya mereka enggan menerima  jemputan persembahan daripada pihak kerajaan.

Menolak dakwaan itu sekeras-kerasnya, salah seorang anggota kumpulan berkenaan, Eric Fuzi, menegaskan mereka sentiasa menyokong apa jua inisiatif kerajaan yang memberi faedah kepada rakyat.

“Kami pun tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Bila dengar kononnya kami tolak program kerajaan, terus terkejut.

“Kami ni bukan anti-kerajaan pun. Minggu ni saja kami ada dua jemputan di program MADANI. 

“Jadi, kalau kata kami tak nak terlibat dengan acara kerajaan, memang tak betul langsung,” katanya kepada URTV.

Floor 88 berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025): Charge The Hype di Ideas Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Eric lagi, matlamat utama Floor 88 sejak awal adalah untuk menghiburkan masyarakat tanpa terlibat dengan sebarang agenda politik.

“Sebagai artis, tugas kami adalah untuk hiburkan rakyat, bukan menyebelahi mana-mana pihak.

“Siapa pun yang jadi kerajaan, kita tetap akan sokong selagi usaha mereka untuk kebaikan negara. 

“Undi pun rahsia, jadi tiada sebab kami nak dikaitkan dengan fahaman politik,” jelasnya.

Menjelaskan lanjut, Eric berkata satu-satunya sebab kumpulannya menolak tawaran persembahan hanyalah jika ia melibatkan penganjur yang bercanggah dengan nilai moral atau norma masyarakat Malaysia.

“Kalau penganjur tu dari syarikat judi atau arak, memang kami tolak. 

“Kami tak mahu buat sesuatu yang boleh jejaskan imej kami atau sentuh sensitiviti rakyat.

“Alhamdulillah, imej Floor 88 selama ini bersih, sesuai untuk tontonan semua peringkat umur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Floor 88 bakal membuat persembahan istimewa di MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025) yang akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kami akan persembahkan lima lagu untuk malam kedua acara itu. Ia gabungan teknologi automotif, gaya hidup dan hiburan.

“Dengar cerita, Datuk Dr. Asyraf Wajdi pun mungkin akan naik pentas sekali dengan kami. Kalau nak tengok, datanglah nanti!” katanya berseloroh.

Acara berprestij itu turut menghimpunkan artis terkenal seperti Rabbani, Black Hanifah, Ara Johari, XPDC Kita Peng-Yu dan ramai lagi dalam usaha memeriahkan festival automotif terbesar anjuran MARA.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This