SATU kertas siasatan telah dibuka berhubung satu perjanjian di antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklum, tindakan itu susulan aduan yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perjanjian yang dikatakan dibuat secara tergesa-gesa itu.
Katanya lagi, selain itu, NGO terbabit juga melihat perjanjian berkenaan sebagai berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kepada kerajaan.
Menurut sumber berdasarkan aduan dan dokumen yang diserahkan oleh beberapa pihak, SPRM juga telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perjanjian ini pada 13 Februari yang lalu dari Kementerian Ekonomi.
Tambah sumber, kes ini berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan dengan melibatkan peruntukan yang besar iaitu RM1.1 Billion.
“Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri (MITI), namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa.
Baca artikel lain: Sambutan Tahun Baharu Cina, santuni pelbagai kaum kekalkan semangat perpaduan
“Perkara ini akan disahkan menerusi keterangan saksi-saksi utama terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, SPRM menjelaskan beberapa individu dikatakan telah diberikan jawatan yang tinggi di dalam syarikat tersebut selepas berhenti dari kementerian terbabit.
“Ini juga persoalan ‘conflict of interest’ dan wajar diberikan perhatian.
“Tindakan lanjut adalah memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha Kementerian bagi mendengar penjelasan berhubung perlaksanaan perjanjian ini,” katanya lagi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

