SPRM jalan siasatan pulihkan semula hasil negara melalui Op Grip

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang dalam proses menjalankan siasatan bagi memulihkan semula hasil negara yang telah hilang menerusi Op Grip.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, Bahagian Penyiasat Operasi Khas dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) sedang membuat kajian analisis kewangan terhadap semua syarikat terlibat.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan kerana siasatan masih di peringkat awal dan ia memerlukan masa selepas operasi dilancarkan lebih kurang sebulan lepas.

“Ia bukan sahaja memberi fokus kepada aspek rasuah dan salah guna kuasa untuk tujuan pertuduhan tetapi turut menggunakan pendekatan recovery (pemulihan) aset atau harta bagi mengembalikan semula hasil negara yang hilang akibat ketirisan cukai dan perlindungan tertentu.

“Kita membawa pendekatan baharu dalam siasatan iaitu memastikan aset atau harta yang hilang akibat ketirisan dapat dikembalikan kepada kerajaan kerana mereka tidak membayar cukai dan sebagainya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.

Baca artikel lain: Konsep HANRUH eratkan kerjasama awam-tentera pada PMR Melaka

Mengulas lanjut, Azam berkata, ketirisan hasil negara berlaku dalam dua kategori iaitu kegagalan membuat kutipan hasil serta kehilangan akibat aktiviti haram bagi mengelak cukai dan hasil.

Beliau berkata, SPRM mengetuai pasukan petugas yang turut melibatkan pelbagai agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi memastikan integriti penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan baik.

“SPRM juga sedang menjalankan money trail syarikat terlibat melalui forensik perakaunan bagi mengenal pasti aset yang perlu dirampas semula.

“Ini satu perkara yang perlukan masa kerana kita perlu mendapatkan dokumen bank dan melaksanakan forensik perakaunan untuk meneliti akaun syarikat terlibat. Keduanya, penjenayah ini perlu ‘dibankrapkan’ dan mereka ini tidak perlu lagi berada dalam persada perniagaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This