SEPASANG suami isteri berdepan detik cemas selepas kereta Volkswagen Golf yang dinaiki mereka terbabas melanggar bahu jalan lalu seolah-olah ‘terbang’ dan berpusing beberapa kali berdekatan sebuah stesen minyak di Taman Angsana, Changlun, semalam.
Kejadian yang tular dalam media sosial itu turut menyaksikan enjin kereta Volkswagen Golf itu tercabut hingga nyaris terkena kereta lain yang berada di lokasi sama.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim memaklumkan, pemandu kereta terbabit yang juga penasihat jualan berusia 27 tahun itu disyaki patah kaki kiri dan cedera di bahagian dada.
Menurut beliau, seorang lagi mangsa iaitu isterinya berusia 24 tahun disyaki patah tangan kanan.
Mohd Radzi berkata, bilik kawalan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerima panggilan pada jam 9.48 pagi berhubung kemalangan di lokasi kejadian.
Baca artikel lain: Pelajar UM maut jatuh dari kolej kediaman
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta terbabit dari arah Bukit Kayu Hitam menghala Jitra.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu didakwa terbabas ke bahu kiri jalan ketika cuba mengelak sebuah motosikal, nombor pendaftaran tidak pasti yang berada di hadapan yang secara tiba-tiba mengubah haluan dari bahu kiri jalan terus ke lorong kanan.
“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan pada kaki dan sebelah kiri disyaki patah, manakala isterinya, tangan kanan disyaki patah,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, pasangan suami isteri itu kini dirawat di Hospital Jitra akibat kecederaan yang dialami.
Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak yang tular di media sosial memaparkan kereta berkenaan terbabas melanggar bahu jalan lalu seolah-olah terbang dan berpusing beberapa kali sebelum jatuh dan terbalik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

