PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Deepavali digunakan untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.
Katanya, semoga perayaan ini diraikan dengan jiwa kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.
“Deepavali tiba dengan penuh keceriaan, membawa bersama semangat Pesta Cahaya, lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan, serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan.
Baca artikel lain: JPN jamin kawalan teknikal, keselamatan sistem MyKad terus diperkukuh
“Sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, marilah kita terus memupuk semangat saling menghormati dan memperkukuh persefahaman antara satu sama lain.
“Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu. Deepavali Nal Vazhtugal!!,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut oleh penganut Hindu di Malaysia, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

