Mesej pengurangan subsidi BUDI95 kepada 200 liter palsu – MOF

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

ORANG ramai diingatkan supaya berwaspada dengan mesej palsu yang mendakwa pengurangan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sedang dipertimbangkan.

Perkara itu dinyatakan oleh Kementerian Kewangan menerusi hantaran di laman sosial rasmi mereka, hari ini.

“Ingat, jangan mudah tertipu! Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat yang sahih,” katanya.

Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas, yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI95.

Semua rakyat yang layak menerima siling bulanan RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan. Penetapan berkenaan adalah berdasarkan dapatan kajian oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).

Baca artikel lain: Isu menantu Muhyiddin hidup mewah dibangkitkan di Dewan Rakyat

BUDI95 adalah inisiatif subsidi bersasar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 September lalu.

Anwar sebelum ini berkata subsidi bersasar itu adalah hasil daripada usaha tadbir urus yang baik serta pembersihan amalan ketirisan kewangan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This