MALAYSIA di peringkat akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) dan berharap dapat memuktamadkan perjanjian itu pada Ahad ini di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Presiden AS, Donald Trump dijadualkan tiba di Malaysia pada Ahad untuk menghadiri sidang kemuncak itu.
“Kita berada pada peringkat akhir rundingan. Saya boleh mengesahkan (perbincangan tarif itu) pada Ahad,” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, pada sidang kemuncak kali ini, rundingan mengenai tarif akan dijalankan secara dua hala antara AS dan setiap negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia.
Baca artikel lain: 12 kereta terjejas akibat tanah runtuh skala sederhana di Paya Terubong
“Jadi bagi Malaysia, dan saya yakin bagi negara lain juga, rundingan ini sedang berjalan, dan kita akan lihat sama ada terdapat sebarang perjanjian yang akan dimuktamadkan dan ditandatangani semasa lawatan Trump ke Malaysia,” katanya.
Menurut laman web Roll Call oleh Amerika, Trump dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala yang diperluas serta majlis menandatangani perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang kemuncak itu pada Ahad.
Trump juga dijangka mengakhiri lawatan itu dengan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 serta majlis makan malam bersama-sama kalangan pemimpin ASEAN sebelum berlepas pulang pada Isnin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

