MALAYSIA pada ketika ini sudah bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal diadakan selama tiga hari bermula hari Ahad.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, segala persiapan yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar dan kini berada di fasa akhir pelaksanaan.
“Saya memulakan pagi Jumaat yang mulia ini dengan menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
“Mesyuarat hari ini antara lain menumpukan kepada perincian dan penyelarasan akhir persiapan negara menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober 2025 ini.
Baca artikel lain: UMNO sedia terima mana-mana pihak yang perlukan perteduhan – Asyraf Wajdi
“Insya-Allah, Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk menyambut kehadiran para pemimpin ASEAN dan rakan dialog antarabangsa dalam sidang kemuncak bersejarah ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau pada masa sama berharap semua pihak mendoakan agar sidang tersebut berakhir dengan baik kerana negara kini menjadi perhatian dunia.
“Sama-sama kita doakan agar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini berlangsung dengan jayanya, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada dunia, disegani kerana wibawa, dihormati kerana kepimpinan. Insya-Allah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

