MRT Laluan Putrajaya alami gangguan sistem semboyan, kerja pemulihan sedang dilaksana

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERKHIDMATAN tren aliran transit massa (MRT) Laluan Putrajaya mengalami gangguan akibat masalah sistem semboyan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pemulihan akibat gangguan itu sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, Rapid Rail memberitahu, sebanyak 40 buah bas perantara percuma telah disediakan bagi memudahkan perjalanan penumpang.

Menurut Rapid Rail, bas perantara itu akan beroperasi secara tanpa henti di antara Stesen Kwasa Damansara dan Putrajaya Sentral.

“Pasukan teknikal dan kejuruteraan Rapid Rail masih bertungkus-lumus melaksanakan kerja pemulihan bagi mengembalikan MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa secepat mungkin.

“Penumpang juga disarankan menggunakan perkhidmatan alternatif lain termasuk MRT Titiwangsa dengan pengguna boleh menggunakan Laluan Ampang/Sri Petaling dan Monorel.

Baca artikel lain: MRT3: Proses pengambilan tanah secara berperingkat tahun depan

“Selain itu, penumpang di MRT Ampang Park boleh menggunakan Laluan Kelana Jaya dan MRT TRX untuk menggunakan Laluan Kajang,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Rapid Rail memberitahu, pengguna juga boleh menggunakan MRT Chan Sow Lin dan MRT Sungai Besi bagi Laluan Ampang/Sri Petaling.

Pada masa sama, MRT Persiaran KLCC juga boleh digunakan bagi Laluan Kelana Jaya iaitu Stesen KLCC.

“Bagi pengguna yang ingin meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Tren Laluan Ampang/Sri Petaling ke Stesen Bandar Tasik Selatan dan disarankan menggunakan ERL dari TBS ke KLIA.

“Pelanggan di pusat bandar boleh terus menggunakan ERL dari KL Sentral ke Terminal KLIA.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, anggota polis bantuan dan petugas stesen masih ditempatkan di platform dan ruang legar untuk membantu penumpang sekiranya diperlukan,” jelasnya.

Sementara itu, dalam hantaran terbaharu di Facebook, Rapid KL memberitahu tren MRT Laluan Putrajaya itu akan dipandu secara manual buat sementara waktu antara Stesen Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral.

Katanya, tren juga akan berhenti lebih lama di setiap stesen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This