PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berlepas ke Tokyo, Jepun, pagi ini selepas selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan, semalam.
Pesawat Air Force One yang membawa Presiden AS itu berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.06 pagi tadi.
Trump dijangka tiba di Tokyo sekitar pukul 5 petang waktu tempatan, di mana acara pertama beliau ialah kunjungan hormat ke atas Maharaja Jepun, Naruhito, di Istana Diraja.
Sepanjang lawatan ke Jepun, Trump turut dijadualkan mengadakan rundingan rasmi dengan Perdana Menteri baharu, Sanae Takaichi.
Terdahulu, kenderaan rasmi yang membawa Presiden Trump dilihat meninggalkan perkarangan hotel di ibu negara pada pukul 9.10 pagi.
Baca artikel lain: Trump disambut secara berlebihan, tabur garam di luka penduduk Gaza – Pas
Sebelum itu, kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki perkarangan lokasi penginapan beliau pada pukul 8.50 pagi.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan pertemuan singkat itu bagi memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia-AS yang telah dijalankan sebelum ini.
Menurut beliau, ia termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi dan keamanan serantau.
“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Trump atas peranan beliau dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur serta Pelan Damai Gaza yang menjadi sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.
“Malaysia dan AS bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan saling hormat, kepentingan bersama dan semangat memperjuangkan keamanan sejagat,” katanya dalam hantaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

