Aktif perjuangkan Gaza, Anwar disenarai Top 10 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencatat pencapaian antarabangsa apabila disenaraikan dalam The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2025, terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang berpangkalan di Amman, Jordan.

Dalam laporan terkini itu, Anwar melonjak ke tangga ke-10, naik lima anak tangga berbanding kedudukan ke-15 pada tahun sebelumnya. 

Kenaikan itu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap pengaruh diplomatik dan kepimpinan beliau dalam isu-isu global yang melibatkan umat Islam.

Lebih signifikan, dalam kategori Pemerintah dan Politisyen, Anwar berada di tangga ketujuh paling berpengaruh di dunia, mengatasi beberapa pemimpin serantau dan antarabangsa lain.

Screenshot

Antara sumbangan utama yang dinyatakan dalam laporan tersebut ialah pendekatan tegas dan konsisten Malaysia dalam menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin, khususnya dalam konflik Gaza. 

Anwar dilihat sebagai antara pemimpin Muslim yang lantang mengkritik kekejaman Israel dan menyeru tindakan kolektif antarabangsa.

Tidak terkecuali, peranan diplomatik Malaysia dalam konflik sempadan Kemboja-Thailand, di mana Anwar memainkan peranan sebagai pengantara tidak rasmi, menawarkan ruang dialog dan penyelesaian damai melalui platform ASEAN dan hubungan dua hala.

Senarai The Muslim 500 turut menampilkan tokoh-tokoh seperti Raja Jordan, Sheikh Al-Habib Umar bin Hafiz dari Yaman, dan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menjadikan kedudukan Anwar dalam kelompok 10 teratas sebagai pencapaian luar biasa bagi seorang pemimpin dari Asia Tenggara.

Pengiktirafan ini dijangka memberi impak positif terhadap imej Malaysia di peringkat antarabangsa, khususnya dalam usaha memperkukuh diplomasi Islam dan memperjuangkan hak asasi manusia di pentas dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This