Perjanjian ART: Tiada syarat 80% kandungan tempatan dalam lesen penyiaran – MCMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan Malaysia diwajibkan memansuhkan syarat lesen penyiaran yang menetapkan 80 peratus kandungan tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat yang dimeterai pada 26 Oktober lalu.

MCMC dalam kenyataan menegaskan, dakwaan dikeluarkan wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin itu adalah tidak benar dan mengelirukan.

Pada masa sama, suruhanjaya itu memaklumkan, dakwaan itu juga tidak mencerminkan kerangka pelesenan penyiaran yang berkuat kuasa di negara ini.

“Di bawah lesen Content Applications Service Provider Individual (CASP) atau lesen penyiaran individu yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), tiada syarat kuota kandungan tempatan 80 peratus dikenakan terhadap penyiar swasta di Malaysia.

“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan berdasarkan garis panduan dan piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan, lesen penyiaran di bawah AKM 1998 juga tidak mengandungi larangan terhadap penyiaran kandungan antarabangsa pada waktu perdana.

Baca artikel lain: Saluran ‘Edisi Siasat dan ‘Edisi Khas’ diarah tutup sepenuhnya, MCMC peroleh Injunksi Erinford terhadap Telegram

Katanya, penjadualan kandungan bergantung kepada keputusan penyiar berdasarkan permintaan pasaran dan selaras dengan peraturan kandungan sedia ada.

“Kerajaan kini sedang membangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) yang bertujuan memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan.

“Ia juga memperkukuh pembangunan kandungan tempatan yang berkualiti serta mewujudkan tadbir urus yang telus dan saksama bagi penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa syarat dalam ART Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

Menurut beliau, perjanjian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden Donald Trump itu bukan satu perkara kecil yang boleh dipandang ringan.

Jelas Kadir, ada syarat-syarat tersembunyi dalam ART yang perlu diteliti kerajaan khususnya berkaitan program-program stesen televisyen tempatan yang didakwa memberi kelebihan besar kepada kandungan asing.

Beliau berkata, perjanjian ART tersebut jelas mengatakan Malaysia hendaklah menghapuskan keperluan dalam perjanjian pelesenan penyiaran yang mewajibkan stesen penyiaran memperuntukkan 80 peratus masa siaran terestrial kepada program tempatan Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This