PN dijangka letak hingga 40 calon di PRN Sabah

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) dijangka meletakkan calon di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).

Jumlah tersebut melebihi sasaran awal sebanyak 36 kerusi DUN sebelum ini.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, jumlah kerusi yang akan ditandingi PN mungkin bertambah selepas mengambil kira potensi beberapa kawasan tambahan.

Pada masa sama, beliau berkata, pengumuman rasmi calon PN untuk PRN Sabah akan dibuat dalam tempoh terdekat selepas proses senarai nama dimuktamadkan.

“Saya rasa ada tambahan, mungkin (40 kerusi). Saya lihat dalam PN itu lebih daripada 36 kerusi, ada kemungkinan ada tambahan-tambahan.

“Kita masih lagi dalam peringkat akhir pemuktamadan kerusi tersebut. Pengisytiharan calon dan pelancaran jentera seluruh Sabah akan dimaklumkan nanti, 7 atau 8 November minggu depan. Pengisytiharan calon dijadualkan pada 11 November.

“Jadi pada waktu itu, kita cuba nak maklumkan bahawa calon sekarang sedang diteliti, semua nama-nama yang diangkat sedang dipertimbang untuk kita luluskan. Kalau dalam Pas, kita ada Majlis Syura yang akan menyemak semua calon-calon kita.

“Dalam PN, kita ada akujanji kepada semua calon yang akan dibuat sebelum watikah diberi kepada calon pada 11 November nanti. Jadi soal kerusi, soal siapa calon, akan diputuskan pada tarikh itu nanti,” katanya.

Baca artikel lain: PRN Sabah: PKR dijangka umum calon pada 9 atau 10 November

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memberi bayangan bahawa Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan akan diletakkan sebagai calon di kerusi DUN Karambunai.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih belum dimuktamadkan.

“Ya, saya belum boleh umum lagi. Biar ‘suspens’ sikit. Insya-Allah, Karambunai ini kita yakin… macam calonnya sebelah saya, tapi saya tak boleh sahkan lagi.

“Belum sah lagi, takut nanti dia buat ‘posting’, nanti tak jadi. Tapi Insya-Allah calon kita calon yang terbaik, calon rakyat,” katanya.

Mengulas sama ada prestasi Aliakbar, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, boleh menjadi pemangkin kepada sokongan rakyat terhadap Pas di Sabah, beliau melihatnya sebagai satu perkembangan positif daripada pengundi.

“Saya terima maklum, respons pengundi di Sabah ini terhadap ADUN lantikan, Dr Aliakbar khususnya, sebab beliau terus berkhidmat walaupun tiada kawasan khusus dan tetap turun ke kawasan.

“Jadi ini rakyat nilai, sepanjang tempoh beliau dilantik sebagai ADUN lantikan, bagaimana beliau berkhidmat kepada rakyat. Jadi saya fikir, sangat positif,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This