UMNO sebagai sebuah parti yang sudah bertapak lama di negara ini tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang mahu kembali menabur bakti kepadanya.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, tiada kawan mahupun musuh yang kekal selamanya
namun sesuatu perjuangan adalah abadi.
“UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang mahu kembali menyumbang. Ibrahnya; Jangan sesekali bakar jambatan, mahu benci atau sayang mesti berpada-pada,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sebelum ini media melaporkan, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan depan.
Baca artikel lain: Lelaki maut ditetak adik ipar hingga putus kepala di Jerlun
Sumber berkata bekas Ahli Parlimen Rembau itu sudah mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi UMNO khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pangkuan parti itu.
Isyarat restu itu disampaikan sendiri Timbalan Perdana Menteri kepada Khairy atau KJ ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu.
“Pada pertemuan itu Zahid sendiri memaklumkan supaya Khairy menghantar borang keahliannya untuk kembali menjadi ahli UMNO.
“Khairy dijangka membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sabah nanti. Ini memandangkan sebahagian calon yang bakal ditampilkan parti nanti adalah seusia dan rakan-rakan politiknya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

