Empat termasuk ibu bapa mentua Prince Syed ditahan

Dari Penulis

EMPAT individu termasuk ibu bapa mentua kepada pempengaruh dikenali sebagai Prince Syed ditahan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dan perselisihan faham yang berlaku di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah memaklumkan, empat individu yang ditahan itu adalah tiga lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 59 tahun.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah menerima laporan dilakukan seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa kejadian berlaku pada pukul 2.40 petang semalam.

“Pegawai penyiasat kini sedang melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Baca artikel lain: Polis sahkan Namewee ditahan miliki, positif dadah

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan lelaki yang aktif di media sosial dengan nama Prince Syed membuat laporan di Balai Polis Klang, petang semalam berhubung dakwaan diserang dan dipukul sehingga cedera di tangan dan muka.

Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, berkata dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, empat individu dikenalinya itu datang menyerang ketika dia berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.

Katanya, mereka memukul kepalanya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk mukanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This